Nuffnang Ads

Saturday 14 January 2012

METRO 14 JANUARY : Banglo Datuk pula disamun

ORANG YANG SAMA???






AMPANG: Selepas kejadian samun menimpa personaliti televisyen, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, di rumahnya, kelmarin seorang lelaki berstatus Datuk dan keluarganya menempuh insiden sama menyebabkan kerugian mencecah RM50,000.
Datuk berusia 60-an itu dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki bertopeng dan bersenjata dipercayai warga asing di banglonya di Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam, dua kilometer dari rumah Wardina.

Difahamkan, dalam kejadian lebih setengah jam itu, empat lelaki terbabit dipercayai suspek sama menyamun rumah Wardina berikutan modus operandi digunakan adalah sama.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 pagi itu, empat lelaki terbabit dikatakan memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang sebelum naik ke tingkat atas dan mengejutkan anak lelakinya.

“Mereka turut menyelongkar rumah mangsa untuk mencari barang berharga sebelum mengetuk kuat pintu bilik mangsa yang berkunci.

“Mangsa dan isteri yang tidur terkejut lalu segera membuka pintu namun terperanjat melihat empat lelaki bertopeng dan mengacukan pisau ke arahnya,” katanya.

Menurutnya, tangan mangsa diikat dengan wayar komputer manakala isteri dan anak lelakinya tidak diikat dan diarah masuk sebuah bilik dalam rumah itu. Sebelum itu, mangsa dipaksa menunjukkan tempat dia menyimpan barang berharga miliknya.

Katanya, selepas mangsa menunjukkan barang berharga, mereka mengambil barangan itu dan melarikan diri melalui jalan sama.

Mangsa dibantu isteri membuka ikatannya sebelum menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian. untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, mangsa mendapati barang kemas, dua komputer riba, 10 jam tangan berjenama dan wang tunai dilarikan suspek. Jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM50,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya sedang menmenjalankan siasatan lanjut dan belum dapat mengenal pasti sama ada suspek terbabit yang turut menyamun rumah Wardina, kelmarin.

No comments: