Nuffnang Ads

Saturday 21 January 2012

TUNA SIRIP BIRU UMPAMA EMAS DI JEPUN

TUNA AMAT POPULAR DALAM PEMBUATAN MAKANAN SUSHI DI NEGARA JEPUN.BAGI NELAYAN,TUNA UMPAMA EMAS.DENGAN HARAGA YANG MAHAL DAN PERMINTAAN YANG TINGGI DARI SELURUH DUNIA.NELAYAN JEPUN BOLEH MENJANA PENDAPTAN YANG SANGAT LUMAYAN DARI HASIL TANGKAPAN TUNA.JOM TENGOK GAMBAR PASAR TUNA DI JEPUN NI.





Tsukiji Fish Market di Tokyo memang dikenali dengan aktiviti bidaan dan urusniaga ikan tuna.Semua ikan tuna kat sini memang mega punya.


BETAPA RIUHNYA PASAR DIEORANG UNTUK LELONG TUNA.TENGOK VIDEO NI.




INI PULA TUNA TERMAHAL DIBELI TAHUN 2012


$736,000 atau RM2.3 juta ialah nilai seekor tuna sirip biru seberat 269kg yang berjaya dilelong di pasar Tsukiji,Tokyo Jepun,dan memecahkan rekod harga tertinggi tuna sirip biru.Rekod tahun lepas ialah RM1.302 juta.
Pemenang bidaan ialah Kiyoshi Kimura,pemilik Kiyomura Co. yang mengendalikan rangkaian restoran Sushi-Zanmai.Harga sekilo isi ikan tuna ini dianggarkan 210,000 yen atau RM8,421.





Friday 20 January 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA




Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi


izwan pilus meninggal dunia

Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.


Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.


izwan pilus meninggal dunia



Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.
Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan
Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.

izwan pilus meninggal dunia

AL-FATIHAH...SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPAT KAN BERSAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN...AMIN..

DIBULI KETIKA PENGSAN

KETIKA sesetengah orang bimbang keadaan mangsa, seorang lelaki menggosok kemaluannya ke muka mangsa.NEW ORLEANS: Seorang peminat bola sepak AmerikA menjadi mangsa serangan seksual penyokong pasukan lawan ketika dia pengsan di sebuah restoran makanan segera, lapor media semalam.
Insiden selepas perlawanan itu menunjukkan remaja lelaki terbabit yang terkulai di meja makan dikerumuni sekumpulan penuntut Universiti Alabama.

Kejadian berlaku di restoran Krystal di New Orleans pada 9 Januari lalu dan dirakam menggunakan kamera telefon bimbit.
Ia menjadi perhatian selepas rakaman berkenaan dimuat naik penuntut Universiti Alabama di YouTube, tetapi dipadamkan tidak lama kemudian.

Melalui rakaman itu, seorang pemuda dilihat bertenggek di atas badan mangsa sebelum menggosok kemaluannya ke muka penuntut Universiti Louisiana State (LSU) terbabit.

Laporan mendakwa, kejadian itu berlaku selepas perlawanan bola sepak Amerika di antara dua kolej dan Universiti Alabama mengalahkan LSU 21-0.
ANTARA tindakan dibuat penyokong Universiti Alabama ialah mencucuk hidung mangsa yang pengsan di meja makan.Rakaman sepanjang lima minit itu turut menunjukkan sekumpulan remaja berpakaian Universiti Alabama bersorak sambil melukis kartun di muka mangsa.

Sebahagian daripada mereka turut merakam kejadian itu dengan telefon bimbit masing-masing.

Pada satu ketika, terdengar suara seseorang berkata: “Matilah dia.” Kejadian itu berlanjutan apabila penyokong Universiti Alabama itu mencucuk hidung mangsa.

Ketika itu, seorang pemuda terdengar berkata: “Alamak! Saya tak nampak dia bergerak!” sebelum seseorang mencadangkan supaya rakannya “mencurah air” untuk menyedarkan mangsa.

Pemuda yang dibuli itu dilihat terangkat sedikit tetapi mukanya masih tersembam di atas meja dan tidak sedarkan diri.

Ketika itulah seorang pemuda memakai topi besbol mengeluarkan kemaluannya dan memanjat badan mangsa sebelum menggosoknya ke mula lelaki terbabit.

Identiti lelaki yang melakukan serangan itu tidak didedahkan dan tiada pengesahan dia adalah penuntut universiti.

Seorang daripada penuntut dalam klip video itu dikenal pasti sebagai anak Pengarah Sukan stesen televisyen WKRG berusia 22 tahun - DM

METRO 20 JANUARY : TARIKAN SI GEBU HIDUNG MANCUNG

Tarikan si gebu hidung mancungDITAHAN...antara wanita Arab yang ditahan dalam serbuan, semalam. Gambar kecil, GRO dari Asia Barat.



KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia.
Gadis berkulit gebu dan berpakaian seksi serta berhidung mancung itu dijadikan tarikan baru ke pusat hiburan terbabit sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), awal pagi semalam.

Pusat hiburan yang terletak di kawasan strategik itu turut dikunjungi pelancong dari wilayah Arab untuk berhibur dan faktor itu dipercayai punca utama pemilik premis terbabit menawarkan GRO dari rantau itu.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, seramai 15 GRO warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan berusia 20 hingga 27 tahun ditahan. Turut ditahan seorang pondan warga tempatan. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati sebahagian GRO warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan ada yang mendakwa pelajar.

“Pengurus pusat hiburan terbabit ditahan bagi membantu siasatan selepas premis itu gagal menunjukkan lesen perniagaan,” katanya.

Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan intipan pihaknya sejak sebulan lalu.


LAWAK PAK ARAB MENEMBAK









KALAU TENGOK YOUTUBE PASAL PAK ARAB,MESTI ADE JE MENDE PELIK-PELIK DIEORANG BUAT...TAPI KORANG PENAH TENGOK PAK ARAB MENEMBAK MACAM MANA..JOM LAYAN..MEMANG LAWAK..






SENAPANG APE LA DIEORANG PAKAI SAMPAI MACAM TU SEKALI.. ^_^

Thursday 19 January 2012

METRO 19 JANUARY : TERIMA KASIH LEPAS SAMUN


Terima kasih lepas samun


RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan suspek berbual dengan mangsa.



KUALA LUMPUR: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.
Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.

Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.

“Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.
“Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara ‘percuma’, suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.
“Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.

“Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam.

METRO 19 JANUARY :PENYANYI ROCK AWIE DISANTAU



Awie disantau tuju-tuju





Awie disantau tuju-tuju








IPOH: Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.
Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.

“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.







DALANG CETEK AGAMA





IPOH: Kejadian artis, ahli perniagaan, ahli politik mahupun orang kebanyakan yang terkena santau atau ilmu sihir, perlu dipandang serius berikutan ia kian kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Perkara itu diakui pengamal perubatan Islam, Ustaz Hanafi Abdul Malek yang menyifatkan ‘kerja’ sihir itu didalangi individu yang cetek pengetahuan agama dan hatinya dikuasai syaitan. Menurutnya, sifat segelintir orang Melayu yang mudah dikuasai perasaan hasad dengki, iri hati dan tidak senang dengan kejayaan individu lain menyebabkan amalan sihir masih berlaku.

“Sejak kebelakangan ini, semakin ramai individu termasuk ahli politik yang datang berjumpa saya mengadu mengalami pelbagai penyakit pelik termasuk memuntahkan objek pelik dari dalam badan.


“Perbuatan sihir ini bukan hanya membabitkan orang Melayu, malah turut merebak kepada kaum Cina yang turut percaya terhadap amalan sihir,” katanya yang menggunakan limau dan ayat suci al-Quran untuk menyembuhkan pesakitnya.

Beliau berkata, amalan syirik itu masih berterusan berikutan kerja sihir didapati berhasil untuk merosakkan hidup mangsa yang dijadikan sasaran.


Menurutnya, gangguan kuasa jahat itu boleh diatasi dengan kaedah tertentu yang sesuai dengan Islam seperti mengamalkan ayat al-Quran yang menjadi pendinding diri.



“Seseorang itu kena beramal terlebih dulu kerana orang yang tidak beramal, walaupun dibaca ayat al-Quran tidak akan memberikan kesan mujarab,” katanya.

DOWNLOAD PAPA I LOVE U MOVIE



Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.




JOM TENGOK TRAILER DULU 


PART 1
PART 2
PART 3
PART 4


KALAU ADA MASALAH,SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA OK.SAYA AKAN CUBA BANTU ANDA.

Wednesday 18 January 2012

AZWAN ALI ' TEWAS '


AZWAN ALI "TEWAS " AKHIRNYA DENGAN UMMI HAFILDA




Azwan Ali 'Tewas' Akhirnya...Menangis Dan Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ummi Hafilda


Setelah melemparkan pelbagai kata nista termasuk ugutan jenayah terhadap adiknya, selebriti penuh kontroversi Azwan Ali hari ‘tewas’ apabila memohon maaf secara terbuka termasuk membuat pengakuan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Dalam sidang akhbar bersama adiknya, Ummi Hafilda itu, Azwan turut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya.
Dia yang kelihatan sebak dan menitiskan airmata dalam sidang akhbar berkenaan berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.
Azwan mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balon pemimpin politik







Umi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini.

Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.

"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.


Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir.

Azwan Ali juga dilihat menangis 'Sebak' bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis.

Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup.

Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau.










CARA UNTUK DAPATKAN SIX PACK YANG LUCAH (18 SX)





ADE YANG NAK CUBA??

METRO 18 JANUARY : HILANG SABAR KARENAH AZWAN ALI

Hilang sabar kerenah Azwan

KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.
Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.



**SEPERTI YANG KITA DAH TAHU,MULUT SI AA NI MACAM MANA KAN.ORANG TUA-TUA PERNAH CAKAP "KERANA MULUT BADAN BINASA".SO JAGALAH MULUT ANDA DENGAN BAIK**

METRO 18 JANUARY : DRIVER 'SYOK' RAGUT 2 NYAWA

REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Foto

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.
“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

3 PELURU TUMPASKAN KETUA GENG 08 'AH JIN'




PULAU PINANG 17 Jan. – Seorang penjenayah paling dikehendaki yang juga ketua kumpulan kongsi gelap Geng 08 mati dalam kejadian berbalas tembak di Paya Terubong di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, Chor King Ying @ Ah Jin, 52, (gambar) mati ditembak dipercayai ketika pulang ke Air Itam di sini untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, bertindak atas maklumat orang awam dan risikan, sepasukan polis peronda mengesan suspek yang sedang memandu keretanya di Jalan Kampung Melayu, Air Itam.
“Kita (peronda polis) mengekorinya dari Jalan Kampung Melayu tetapi apabila sedar diekori, suspek terus memecut ke arah Jalan Paya Terubong,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Beliau menambah, peronda polis yang mengejar bertindak memintas keretanya namun suspek bertindak melanggar kenderaan polis lalu keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kebun durian.
“Pada masa sama, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Sebagai langkah keselamatan, polis terpaksa membalas tembakan menyebabkan suspek mati di tempat kejadian,” ujarnya.
Tambah Zahruddin, suspek yang menggunakan pistol jenis .38 Smith & Wesson dikesan aktif melakukan jenayah peras ugut di sekitar Air Itam.

DOWNLOAD MOVIE KERANDA KUNTILANAK


JOM TENGOK TRAILER DULU.SUKA BARU DOWNLOAD




PART 1
PART 2


Tuesday 17 January 2012

DOWNLOAD PETALING STREET WARRIORS


TENGOK DULU TRAILER.KALAU TAK MINAT NANTI BUANG MASA KORANG JE DOWNLOAD LAMA-LAMA



PART 1
PART 2



REAL TRON LAGACY MOTORCYCLE

INGATKAN DALAM CRITER JE ADE.RUPENYE BETUL-BETUL ADA.SIAP BOLEH BAWAK LAGI.MEMANG GEMPAK.

JOM TENGOK YANG REAL DAN BOLEH BAWAK NI






BILA PAK ARAB TAK RETI BERSYUKUR

BILA MANUSIA MENDAPAT REZEKI YANG MELIMPAH,BESYUKURLAH  DENGAN PEMBERIAN ALLAH.PEMBAZIRAN DALAM MAKANAN TIDAK ELOK DI SISI AGAMA.INGAT,DALAM KEKAYAAN KITA,KESENANGAN KITA ADA ORANG YANG SUSAH MEMERLUKAN BANTUAN DARI ORANG YANG LEBIH BERTUAH DI MUKA BUMI INI SEPERTI KITA.













BILA DAH HABIS PARTI





MACAM MANA LAH DIEORANG BOLEH TERPIKIR BUAT MACAM NI

BUDAK GANGSTER




AMACAM...ADA BERANI KA...HAHAHAHA..

LEBIH RAMAI MATI?? (Costa Concordia)

KAPAL mewah Costa Concordia tersadai dan mula karam di perairan Pulau Giglio di utara Itali selepas terlanggar batu karang malam kelmarin ketika menuju Laut Mediterranean. Sekurang-kurangnya 39  orang masih hilang sehingga malam tadi.


ROME: Operasi menyelamat penumpang kapal mewah Itali yang terbalik di Laut Mediterranean berlanjutan selepas sepasang suami isteri yang berbulan madu ditemui hidup, semalam.
Awal malam tadi (waktu Malaysia), penyelamat berjaya menarik keluar mangsa ketiga - pengarah perkhidmatan kabin, Manrico Giampedroni, 57, yang ditemui dalam satu daripada kabin kapal berkenaan yang separuh tenggelam.
Dia dipercayai mengalami patah kaki.

Lebih 4,000 orang dipindahkan apabila kapal Costa Concordia terlanggar batu karang di luar pantai Tuscany malam kelmarin.
KESAN kerosakan jelas kelihatan di bahagian bawa kapal Costa Concordia tidak jauh dari pantai Pulau Giglio, semalam. Tiga disahkan maut dan ramai lagi hilang akibat pelanggaran yang berlaku beberapa jam selepas ia memulakan pelayaran.


Dua penumpang warga Perancis dan seorang kru Peru disahkan mati, tetapi sehingga malam tadi, 38 orang masih hilang.

Pasangan pengantin baru yang diselamatkan itu berasal dari Korea Selatan.

Mereka - kedua-duanya berusia 29 tahun - terperangkap dua tingkat di bawah geladak apabila kapal berkenaan tiba-tiba karam.

Seramai 35 orang penyelamat mengambil masa 90 minit mengeluarkan pasangan terbabit pada awal pagi semalam (waktu tempatan) selepas mendengar mereka menjerit meminta tolong.

Menurut pasangan terbabit, mereka tidak melihat atau mendengar mangsa lain sepanjang tempoh 24 jam terperangkap di situ.

Sementara itu, kapten Costa Concordia, Francesco Schettino, ditahan bersama pegawai pertama, Ciro Ambrosio, di Balai Polis Porto Santo Stefano, Itali, untuk disoal siasat mengenai insiden itu.

Pegawai pendakwa, Francesco Verusio, pula menyiasat kemungkinan untuk mengenakan tuduhan membunuh dan meninggalkan kapal ketika penumpang masih dalam bahaya.

Katanya, kapal berkenaan menghampiri Pulau Giglio melalui “jalan salah.”

Sumber pula berkata, Schettino, 52, meninggalkan kapal itu kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan) - kira-kira sejam selepas ia terlanggar batu karang.

Penumpang terakhir pula diselamatkan kira-kira tiga setengah jam kemudian.

Penyelamat berkata, mungkin ada mayat belum ditemui di bahagian kapal yang dimasuki air.

Jurucakap bomba, Luca Cari, berkata pakar selam akan memeriksa bahagian dalam kapal itu untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak korban dicatatkan,” katanya.

Laporan sebelum ini mendakwa, 29 pekerja dapur warga Filipina dikhuatiri terperangkap di bahagian bawah kapal sepanjang 290 meter itu. - DM


KERETA MALAYSIA DIKUTUK DALAM TOP GEAR










SUDAH MENJADI KEBANGGAAN KITA DENGAN JENAMA KERETA MALAYSIA SEPERTI PRODUA DAN PROTON.TAPI KEBANGGAN KITA,BUKAN ORANG LAIN.DARI KETINGGIAN DALAM KERETA MESTILAH MENGIKUT KETINGGIAN ORANG MALAYSIA KERANA KERATA INI KELUARAN MALAYSIA DAN DIBELI OLEH RAKYAT MALAYSIA SENDIRI.ANDA PASTI PERNAH DENGAR RANCANGAN TOP GEAR YANG DI HOSTKAN OLEH 3 ORANG HOST RICHARD HAMMOND,JEREMY CLARKSON AND JAMES MAY.DALAM RANCANGAN INI,KERATA PRODUA MYVi DAN PROTON SATRIA NEO MENERIMA KRITIKAN YANG HEBAT BUKAN SAHAJA DARI 3 ORANG HOST INI MALAH ORANG AWAM SEHINGGAKAN DI AKHIR RANCANGAN MEREKA MENINGGALKAN 2 BUAH KERETA KEBANGGAN MALAYSIA DI TEMPAT YANG TERUK(STUPID PLACE)...JOM SAKSIKAN VIDEO INI..





Monday 16 January 2012

KAPAL MEWAH COSTA CONCORDIA KARAM







The Costa Concordia cruise ship that ran aground off the west coast of Italy, at Giglio island (Reuters)



Rescuers on power rafts are seen next to the Costa Concordia cruise ship (Reuters)

The Costa Concordia is seen off the west coast of Italy at Giglio island (Reuters)

The Costa Concordia (Reuters)

The Costa Concordia is seen off the west coast of Italy at Giglio island (Reuters)


Enam maut selepas kapal mewah Costa Concordia karam di persisiran pantai Itali yang memaksa pegawal pantai menyelamatkan kira2 4,000 mangsa.


Kapal Costa Concordia yang sedang berlayar mengelilingi Meditteranean karam apabila terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isla Del Giglio,lewat semalam.