Nuffnang Ads

Friday 3 February 2012

NABI MUHAMMAD UTUSAN TERAKHIR UMAT MANUSIA


SALAM...ENTRI KALI SAYA NAK SHARE SEDIKIT SEBANYAK TENTANG NABI TERCINTA KITA NABI MUHAMMAD S.A.W.JADI,LUANGKAN MASA SEKEJAP UNTUK BACA.SAYA TAHU,MUNKIN ADE DI ANTARA ANDA PERNAH BACA,TAPI APE SALAHNYA KALAU BACA SEKALI LAGI.TENGOK MOVIE ULANG2 BOLEH.TAKKAN BACA TENTANG RASULULLAH BANYAK KALI TAK BOLEH? :) ..





Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf


Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib


Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun


Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]


Pengalaman bekerja Rasulullah:


* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.


Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.


Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)


kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.


Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.


Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.


Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.


Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.


Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.




Detik-detik Sakaratul Maut Rasulullah SAW 
Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya. 

Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Rasulullah dengan suara lemah memberikan kutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” 

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. 

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. 

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 

Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. 

Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. 

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah. 

Siapakah itu wahai anakku?” 
Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. 

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 

Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. 

Fatimah menahan ledakkan tangisnya. 

Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 

Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 

Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. 

Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya. 

Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi. 

Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?” 

Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan. 

Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 

Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh. 

Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Jibril pun memalingkan muka. 

Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 

Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling. 

Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 

Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah. 

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya. 

Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” 

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 

Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya. Seperti Allah dan Rasul mencintai kita semua. mudah mudahan kita berusaha untuk bisa menjadikan nabi muhammad sebagai huswatun hasanah dalam kehidupan kita amin 



         DIBAWAH NI ADALAH GAMBAR-GAMBAR RUMAH NABI MUAHAMMAD S.A.W


rumah-nabi-sayyidah-khadijah-tempat-mereka-berdua-tinggal-selama-25-tahun-pun-dibongkar.jpg

reruntuhan-rumah-khadijah_o.jpg

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

pintu-masuk-kmr-rasul-di-rmh-khadijah_o.jpg

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke bilik Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.


kamara-nabi-sayyidah-khadijah.jpg

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.

tempat-ketika-sayyidah-fathimah-zahra-dilahrirkan_o.jpg

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

mihrab-tempat-rasulullah-biasa-shalat-di-rmh-khadijah_o.jpg

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

kuburan-sayyidah-khadijah-al-kubra-putranya-qasim-di-pojok_o.jpg

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut


Wednesday 1 February 2012

YANA TERASA KERDIL DALAM TOP 5 PELAKON WANITA POPULAR


DIA sedar, pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah namanya boleh berada dalam kelompok yang membariskan empat wanita jelita yang masing-masing pernah menggenggam trofi di atas tiket populariti.
Mereka yang dimaksudkan adalah Lisa Surihani, Diana Danielle, Maya Karin dan Sharifah Sharizah (Eja), membuatkan Norliana Samsudin, 28, mesra disapa Yana terasa begitu kerdil. 
Rasa kecil apabila menyedari namanya dipilih peminat untuk bersaing sama dengan mereka menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011). 



Apa yang dilihat peminat pada dirinya, juga tidak diketahui Yana. Malah, gadis zodiak Libra ini tidak menolak andai ada yang menabur cerita kononnya dia mengundi diri sendiri.


“Saya seperti bermimpi dan tidak menjangkakan langsung dipilih sebagai ‘Top 5’ Pelakon Filem Wanita Popular. Kalau sebut nama Yana Samsudin, siapa saja yang kenal!


“Saya akui saya tidak popular mana. Disebabkan itu saya berasa cukup terharu mendapat pencalonan ini kerana dalam sering berasa orang tidak kenal tetapi ada juga peminat bersusah payah untuk memastikan saya berada dalam kategori ini.

“Ia sangat bermakna kerana Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada peminat untuk mengundi artis kesayangan mereka.

“Ia memberikan saya satu semangat untuk lebih maju dalam bidang lakonan dengan mempersembahkan serta menghasilkan karya yang berkualiti pada masa akan datang.



“Mengundi diri sendiri? Kalau benarlah saya mahu buat begitu, lebih baik saya buat dari dulu. Tapi saya tidak mahu naik dengan cara begitu, saya mahu peminat menghargai bakat saya. Syukur, selepas beberapa kali muncul di layar perak terutama dalam Bini Biniku Gangster, ramai yang mula mengenali saya.

“Perubahannya dapat dirasakan setiap kali saya muncul di khalayak. Mereka datang menegur dan mahu bergambar, tidak kurang memuji hasil kerja. Syukur saya mahu lebih berjaya selepas ini,” katanya.

Ramah dan cukup merendah diri tatkala bertutur, siswazah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu senang mendaki populariti tanpa tergesa-gesa.

Dalam tenang mendayung perjalanan seninya, Yana juga pernah dikecam kerana kegagalan filem arahan sulungnya, Selamat Pagi Cinta. Hingga ada menyindir dirinya pengarah yang hanya pandai menyebut ‘cut & action’ saja.





Namun, bagai datang satu semangat setelah bakat lakonannya mendapat pengiktirafan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Adnan Sempit.

Terbaru, Yana kini rancak membintangi drama seram, Santau Merasuk yang bersiaran setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV3. Memegang watak Nina, dia bukan saja perlu menghayati watak seorang isteri dan ibu tetapi perlu membayangkan dirinya terikat dengan per�masalahan yang tidak berkesudahan.

Tahun ini juga, Yana akan muncul dengan beberapa filem antaranya 3 Temujanji bersama bekas kekasihnya, Pierre Andre, Adnan Sempit 2 dan 8 Jam.

“Inilah drama pertama saya sebagai heroin. Sebelum ini pernah juga berlakon cerita hantu antaranya Minyak Dagu tetapi saya hanya sebagai pembantu.

“Penggambaran drama arahan Bob Hashim ini sangat menguji kesabaran bukan disebabkan penat tetapi perkara aneh yang berlaku. Saya ini sudahlah penakut!,” katanya sambil ketawa.









**YANA DA POPULAR LA.TAK PERLU RASA KERDIL**
BTW..YANA COMEL LA... ;)


SUMBER : METRO

Monday 30 January 2012

JOM BUAT DUIT?????

PERNAH DENGAR HYPERFANPAGE.TAK PERNAH.ACTUALY AKU PUN TAK PERNAH DENGAR MENDE NIE..HAHAHA...AKU TRY JE..TP  MENDE NI SERIUS LA PLAK NG AKU.SO CEK PAYMENT PUN AKU DA DAPAT.AKU NAK SHARE NG KORANG.XDE MODAL GUNA.JOM.AKU AJAR CARA..


KLIK BANNER SEBELAH KIRI YANG BESAR TU..

MACAM YANG INI




LEPAS TU AKAN KLUAR 1 PAGE YANG ADE TULIS

[KLIK SINI UNTUK DAPATKAN SEKARANG]


KORANG KLIK JE.

LEPASTU

BUAT TAK TAU JE.KORANG MESTI TAKNAK BAYARKAN
SO KORANG TEKAN CLOSED.

LEPAS TU AKAN KELUAR COMFIRM NAVIGATION

KORANG JANGAN CLOSE.KORANG KLIK STAY ON THIS PAGE

3

HAAAAAA..YANG TU LA FREE...PASTU KORANG LETAK NAMA DAN EMAIL DEKAT RUANG BELAG KANAN YANG DIA BAGI.KORANG SUBMIT.

LEPAS TU.MASUK EMAIL KORANG.COMFIRM KAN.SIAP.KALAU KORAN NAK BUAT.GUNA CARA NIE.

SEKARANG PROMOTION

Hadiah Lumayan Untuk Pemenang.

PRIZE: Galaxy Note,  Iphone 4s, Sony PS3, Apple Ipod Shuffle, Fullset Samsung TV, Home Theatre, DVD, komisyen affiliate yang sungguh lumayan berjumlah 4-5 angka, dan keseluruhannya bernilai RM 10 Ribu untuk di menangi. 


KALAU TAK FAHAM..TINGGALKAN KOMEN.

SEJARAH COKLAT CADBURY

CADBURY.SEMUA ORANG MESTI KENAL DENGAN COKLAT CADBURY NIE KAN.KALAU KAKI COKLAT,JANGAN CAKAP LA.KORANG YANG SUKA MAKAN COKLAT CADBURY NIE  MESTI NAK TAHUKAN SEJARAH TERCIPTANYA CADBURY YANG HAMPIR 200 TAHUN DALAM PEMBUATAN COKLAT.(LAMA TU)








Sejarah Cadbury
Cadbury, pemimpin global dalam pasaran coklat konfeksi, bermula pada tahun 1824 apabila Quaker muda bernama John Cadbury membuka sebuah kedai di Birmingham. John menjual kopi, teh, minuman coklat dan koko di kedainya. Mempercayai bahawa alkohol adalah punca utama kemiskinan, John berharap produk mungkin berkhidmat sebagai alternatif. Beliau juga menjual hop dan mustard. Seperti Quaker banyak John mempunyai standard kualiti yang tinggi bagi semua produk.
Pada masa itu di England, Quaker dilarang daripada menghadiri universiti, kerana ia telah bergabung dengan gereja yang ditubuhkan, dan kepercayaan damai mereka yang menghalang mereka daripada menyertai tentera. Dengan beberapa peluang yang tersedia, Quaker sering masuk ke dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan perniagaan dan / atau menumpukan masa mereka kepada misi reformasi sosial.
Pada 1842 John menjual 11 jenis koko dan 16 jenis coklat minuman. Soon Benjamin John saudara menyertai syarikat itu untuk membentuk Cadbury Brothers Birmingham. Saudara-saudara Cadbury membuka sebuah pejabat di London dan menerima Waran Diraja (salah satu daripada banyak) sebagai pengilang coklat dan koko kepada Permaisuri Victoria pada tahun 1854. Enam tahun kemudian saudara-saudara membubarkan perkongsian mereka kerana kesihatan gagal John dan kematian isterinya. Mereka meninggalkan perniagaan kepada John anak-anak George dan Richard. John menumpukan seluruh hidupnya kepada kerja-kerja sosial dan meninggal dunia pada tahun 1889.

Bilik pembungkusan di kilang Bournville Cadbury ..George dan Richard terus mengembangkan barisan produk dan menjelang tahun 1864, mereka telah menarik keuntungan.Essence Koko Cadbury, yang telah diiklankan sebagai "benar-benar tulen dan oleh itu terbaik," adalah produk semulajadi yang dibuat dengan lemak koko tulen dan tidak ada bahan-bahan berkanji. Essence koko adalah permulaan coklat seperti yang kita tahu hari ini. Saudara-saudara tidak lama lagi memindahkan operasi pengeluaran mereka kepada kemudahan yang lebih besar empat kilometer selatan Birmingham. Kilang dan kawasan yang menjadi dikenali sebagai Bournville.


 

Dengan kejayaan yang berterusan dalam coklat Cadbury, George dan Richard berhenti menjual teh pada tahun 1873.Master penjual Manisan Frederic Kinchelman telah dilantik untuk berkongsi resepi dan rahsia pengeluaran dengan pekerja Cadbury. Ini menyebabkan coklat Cadbury menghasilkan nougats dilindungi, delices bonbons, pistache, caramels, avelines dan banyak lagi. Cadbury barang-coklat susu pertama pada tahun 1897. Dua tahun kemudian kilang Bournville bekerja 2600 orang dan Cadbury telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat yang terhad.
Semasa Perang Dunia I, lebih daripada 2,000 pekerja lelaki Cadbury menyertai Angkatan Tentera. Cadbury menyokong usaha perang, menghantar pakaian, buku dan coklat hangat kepada askar-askar. Cadbury ditambah elaun kerajaan kepada tanggungan pekerja mereka. Apabila pekerja yang kembali, mereka mampu untuk kembali ke tempat kerja, ambil kursus pendidikan, dan pekerja yang cedera atau sakit dijaga di rumah pemulihan. Dalam perdagangan tempoh ini di luar negara meningkat, dan Cadbury membuka kilang luar negara pertamanya berhampiran Hobart, Tasmania. Pada tahun berikutnya, Cadbury digabungkan dengan JS Goreng & Sons, sebuah syarikat pemimpin pasaran dalam coklat yang lalu.
Cadbury menyokong usaha perang semasa Perang Dunia II dengan menukar bahagian-bahagian kilang ke workrooms bagi mengeluarkan peralatan seperti mesin pengilangan bagi kilang-kilang senapang dan bahagian-bahagian seperti tempat duduk juruterbang bagi pesawat pejuang ingkar. Pekerja dibajak padang bola sepak untuk menanam tanaman, dan Cadbury St John Ambulans unit membantu rakyat semasa serangan udara.Coklat telah dianggap penting untuk Angkatan Tentera dan orang awam. Catuan akhirnya berakhir pada tahun 1949.
Pada tahun 1969, Cadbury digabungkan dengan Schweppes untuk membentuk Cadbury Schweppes. Schweppes adalah satu jenama terkenal British yang barang-air mineral dan minuman ringan berkarbonat. Syarikat-syarikat yang digabungkan akan pergi untuk memperoleh Sunkist, Kanada kering, Typhoo teh dan banyak lagi. Minuman Schweppes telah dicipta, dan pembuatan jenama konfeksi Cadbury adalah lesen untuk Hershey.
Hari ini Cadbury Schweppes syarikat konfeksi yang terbesar di dunia, yang mengambil lebih daripada 70,000 pekerja. Pada tahun 2006, syarikat itu telah lebih daripada $ 15 bilion dalam jualan keseluruhan. Pada bulan Mac 2007, Cadbury Scheweppes mengumumkan bahawa ia bercadang untuk memisahkan perniagaan kuih-muih dan minuman. Dengan hampir 200 tahun dalam perniagaan, Cadbury Schweppes akan terus berjaya dalam dekad-dekad yang akan datang.



NIKITA BELUM PUAS TATU DI DADA?

OK.ENTRI KALI NIE KITA INTAI-INTAI ARTIS INDONESIA.ARTIS INDON YANG BELUM PUAS BERTATU DI DADA NIE BUKANLAH NIKITA WILLY YANG COMEL NIE.


TAPI NIKITA MIZANI YANG INI


JAKARTA: Artis Nikita Mirzani mengaku kurang berpuas hati dengan tatu yang ada di dadanya sekarang. Dia merancang untuk menambah koleksi tatu bagi memenuhi bahagian dadanya.
“Sebenarnya tatu yang ada sekarang belum lengkap, tetapi kalau ditambah lagi akan memenuhi seluruh dada,” katanya yang menunjukkan tatu besar bertulis namanya di dada, di Studio ANTV, semalam. Menurut wanita yang mendapat teguran daripada Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) kerana tampil keterlaluan dia menggemari tatu sejak 2007. “Saya menggemari tatu sejak 2007. Pada awalnya mahu mencuba imej yang kecil tetapi kelihatan lucu, jadi saya buat yang besar saja sampai sekarang,” katanya.

Kini Nikita memiliki 17 tatu di seluruh tubuhnya. Namun, hanya satu yang menjadi kegemaran kerana dirasa menambah keseksiannya.
“Sekarang saya ada 17 tatu dan yang menjadi kegemaran adalah tatu di bawah pusat dengan imej bunga. Kalau memakai bikini, saya akan berasa seksi,” katanya.



BESAR BETUL TATU NAMA DIA KAT DADA.TAK LAWA PUN



SUMBER : MYMETRO