Nuffnang Ads

Wednesday 1 February 2012

YANA TERASA KERDIL DALAM TOP 5 PELAKON WANITA POPULAR


DIA sedar, pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah namanya boleh berada dalam kelompok yang membariskan empat wanita jelita yang masing-masing pernah menggenggam trofi di atas tiket populariti.
Mereka yang dimaksudkan adalah Lisa Surihani, Diana Danielle, Maya Karin dan Sharifah Sharizah (Eja), membuatkan Norliana Samsudin, 28, mesra disapa Yana terasa begitu kerdil. 
Rasa kecil apabila menyedari namanya dipilih peminat untuk bersaing sama dengan mereka menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011). 



Apa yang dilihat peminat pada dirinya, juga tidak diketahui Yana. Malah, gadis zodiak Libra ini tidak menolak andai ada yang menabur cerita kononnya dia mengundi diri sendiri.


“Saya seperti bermimpi dan tidak menjangkakan langsung dipilih sebagai ‘Top 5’ Pelakon Filem Wanita Popular. Kalau sebut nama Yana Samsudin, siapa saja yang kenal!


“Saya akui saya tidak popular mana. Disebabkan itu saya berasa cukup terharu mendapat pencalonan ini kerana dalam sering berasa orang tidak kenal tetapi ada juga peminat bersusah payah untuk memastikan saya berada dalam kategori ini.

“Ia sangat bermakna kerana Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada peminat untuk mengundi artis kesayangan mereka.

“Ia memberikan saya satu semangat untuk lebih maju dalam bidang lakonan dengan mempersembahkan serta menghasilkan karya yang berkualiti pada masa akan datang.



“Mengundi diri sendiri? Kalau benarlah saya mahu buat begitu, lebih baik saya buat dari dulu. Tapi saya tidak mahu naik dengan cara begitu, saya mahu peminat menghargai bakat saya. Syukur, selepas beberapa kali muncul di layar perak terutama dalam Bini Biniku Gangster, ramai yang mula mengenali saya.

“Perubahannya dapat dirasakan setiap kali saya muncul di khalayak. Mereka datang menegur dan mahu bergambar, tidak kurang memuji hasil kerja. Syukur saya mahu lebih berjaya selepas ini,” katanya.

Ramah dan cukup merendah diri tatkala bertutur, siswazah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu senang mendaki populariti tanpa tergesa-gesa.

Dalam tenang mendayung perjalanan seninya, Yana juga pernah dikecam kerana kegagalan filem arahan sulungnya, Selamat Pagi Cinta. Hingga ada menyindir dirinya pengarah yang hanya pandai menyebut ‘cut & action’ saja.





Namun, bagai datang satu semangat setelah bakat lakonannya mendapat pengiktirafan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Adnan Sempit.

Terbaru, Yana kini rancak membintangi drama seram, Santau Merasuk yang bersiaran setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV3. Memegang watak Nina, dia bukan saja perlu menghayati watak seorang isteri dan ibu tetapi perlu membayangkan dirinya terikat dengan per�masalahan yang tidak berkesudahan.

Tahun ini juga, Yana akan muncul dengan beberapa filem antaranya 3 Temujanji bersama bekas kekasihnya, Pierre Andre, Adnan Sempit 2 dan 8 Jam.

“Inilah drama pertama saya sebagai heroin. Sebelum ini pernah juga berlakon cerita hantu antaranya Minyak Dagu tetapi saya hanya sebagai pembantu.

“Penggambaran drama arahan Bob Hashim ini sangat menguji kesabaran bukan disebabkan penat tetapi perkara aneh yang berlaku. Saya ini sudahlah penakut!,” katanya sambil ketawa.









**YANA DA POPULAR LA.TAK PERLU RASA KERDIL**
BTW..YANA COMEL LA... ;)


SUMBER : METRO

No comments: