Nuffnang Ads

Monday 16 January 2012

TAKDE PASAL CARI PASAL

PENUNTUT UGUT PM DICEKUP

GEORGETOWN: Gurauan melampau penuntut jurusan kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman facebooknya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengundang padah apabila ditahan di Nibong Tebal, dekat sini, semalam.
Gurauan “Najib is coming to our campus.....Lets bomb his helicopter,” (Najib akan datang ke kampus kita, mari letupkan helikopter dinaikinya) membawa penahanan penuntut berusia 20-an itu jam 2 petang semalam di kampus USM Cawangan Transkrian.

Dia ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hasil maklumat awam sebelum dibawa ke IPDTL untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub ketika dihubungi mengesahkan penahanannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan cuba menakutkan secara jenayah.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya.

Ayub berkata, siasatan mengenal pasti motif penuntut itu masih dijalankan dan sidang media akan diadakan hari ini.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial dan blog mendapati penuntut itu menerima pelbagai kecaman termasuk menyifatkan kurang ajar selain meminta USM mengambil tindakan.

Najib dijangka mengadakan lawatan ke kampus berkenaan, 24 Januari ini.


USM masih menunggu laporan lengkap polis berhubung penahanan seorang mahasiswanya.

Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor USM, Mohamad Abdullah, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu dan hanya dapat membuat kenyataan mengenainya apabila menerima laporan rasmi polis.


“Kami dimaklumkan berhubung penahanannya dan USM menunggu laporan lengkap polis mengenai penuntut terbabit,” katanya.



**SEMUA ORANG DAH NAK POPULAR DENGAN CARA YANG TAK BETUL**

No comments: